Translate

Monday, 22 June 2015

Kegiatan Ekonomi Geografi Tingkatan 3 : Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di Bandar Nilai


Latar belakang Kegiatan Ekonomi di Bandar Nilai
Lima belas tahun yang lalu, Bandar Nilai merupakan Pekan Nilai, sebuah tempat yang tidak seberapa maju berbanding sekarang. Pada masa itu, Pekan Nilai hanyalah sebuah tempat yang mengusahakan pertanian. Akan tetapi, semenjak sepuluh tahun yang lepas, kawasan Nilai telah berkembang dengan sangat pesat. Kegiatan ekonomi Bandar Nilai juga telah bertukar daripada pertanian menjadi perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. Kini, terdapat banyak jenis pekerjaan yang dijawat oleh penduduk penduduk Nilai. Hal ini diterangkan dalam bentuk jadual di bawah dan juga graf yang berikut.


Jadual Analisa Soal Selidik (Jenis Pekerjaan Penduduk Di Bandar Nilai)



Pentafsiran Graf

Hasil soal selidik saya telah menunjukkan bahawa sebanyak 4 orang responden berada dalam bidang perindustrian. Mereka bekerja di kilang-kilang yang terletak di zon perindustrian Bandar Nilai, iaitu di sekitar Nilai 3 dan juga Taman Semarak. Sektor ini paling mendapat perhatian penduduk Nilai kerana bidang ini memberi banyak peluang pekerjaan dan juga pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Kilang ALPS, Taman Semarak

Pekerjaan yang kedua terbanyak ialah perniagaan. Seramai 2 orang responden bekerja sebagai peniaga di kedai-kedai sendiri di sekitar kawasan Bandar Nilai. Mereka berniaga dan membuka kedai seperti kedai runcit, kedai ubat-ubatan, kedai pakaian, dan kedai emas.

Sektor pendidikan juga diwakili oleh 2 orang responden. Salah satu daripada mereka bekerja sebagai seorang pensyarah di University INTI Nilai manakala satu lagi bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Desa Cempaka Nilai. Pusat pendidikan swasta dan kerajaan mewujudkan tarikan migrasi penduduk ke Bandar Nilai. Ini adlah kerana bidang ini memberikan peluang pekerjaan tinggi kepada penduduk yang profesional serta pendapatan yang lumayan kepada mereka.

Graf di atas telah menunjukkan bahawa 1 orang responden bekerja di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Pembinaan KLIA berhampiran dengan kawasan Bandar Nilai telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Bandar Nilai secara tidak sengaja. Mereka yang bekerja di sana sanggup berulang-alik dari tempat kediaman ke KLIA kerana kemudahan pengangkutan Bandar Nilai yang baik.

KLIA DEPARTURE  CENTRE

Graf tersebut juga memaparkan bahawa 1 lagi responden daripada 10 orang responden bekerja sebagai pemandu  lori. Kilang-kilang yang terdapat di Bandar Nilai telah memberikan peluang pekerjaan seperti pemandu lori untuk mengangkut produk kepada penduduk di sini.

Secara kesimpulannya, hasil soal selidik saya menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi major di Bandar Nilai ialah bidang sekunder, iaitu perindustrian manakala kegiatan ekonomi yang kedua penting ialah perniagaan dan pendidikan.



1 comment:

Unknown said...

Thank you dear Ruth ,
Thank you so much for sharing with us the story of the poor girl...
I can't believe there are such people in this world ...
Thank You