Translate

Monday, 22 June 2015

Konsep dan Pentakrifan Kegiatan Ekonomi : Kegiatan Ekonomi, Geografi Kerja Khusus Tingkatan 3 2015

Konsep dan pentakrifan kegiatan ekonomi

  Menurut Buku Teks Geografi Tingkatan 3, muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud sebarang kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Menurut BusinessDictionary.com pula, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran , pengedaran, dan penggunaan barang serta perkhidmatan dalam kalangan masyarakat.

Kegiatan ekonomi terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu kegiatan primer, sekunder, dan tertier. Contoh kegiatan primer ialah pertanian, perikanan, perlombongan, dan lain-lain, manakala kegiatan sekunder merupakan kegiatan menukar barangan mentah kepada barangan siap untuk pengguna, iaitu perkilangan. kegiatan tertier pula merupakan kegiatan menyediakan perkhidmatan, contohnya bidang pelancongan, perniagaan, pengangkutan dan pentadbiran. 

Bandar Nilai merupakan zon perindustrian yang utama di Negeri Sembilan. Selain itu, Bandar Nilai juga mengusahakan bidang tertier, iaitu bidang perkhidmatan, pendidikan serta perniagaan. Contoh kegiatan perindustrian ialah kilang TDK dan kilang ASF. manakala contoh perniagaan ialah pasaraya borong Mydin, kedai-kedai emas, runcit, pakaian dan ubat-ubatan di Jalan Besar Nilai. Contoh perkhidmatan pula ialah pengangkutan teksi, bas, LRT dan juga komuter. Akhirnya, contoh pendidikan ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti INTI Nilai. 

No comments: