Translate

Wednesday, 24 June 2015

Kegiatan Ekonomi Geografi Tingkatan 3 : Potensi Kegiatan Ekonomi Pentaksiran PT3 2015

Contoh Potensi Kegiatan Ekonomi (20m)


Sumber: Kilang SKF (Kilang pembuatan glove tangan)

Perindustrian

Kegiatan Ekonomi yang berpotensi dimajukan di Bandar Nilai ialah perindustrian.

Fakta: -Kawasan zon perindustrian di Bandar Nilai menjadi tapak yang sesuai untuk pembinaan kilang.
           
Huraian: -Penduduk yang semakin meningkat di sekitar kawasan Bandar Nilai menyediakan tenaga buruh yang ramai yang dapat bekerja di kilang-kilang ini. 
-Tenaga buruh ini terdiri daripada tenaga buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir.

Contoh: -Kilang-kilang seperti kilang TDK, kilang ALPS dan kilang SKF berkembang maju dan dapat meningkatkan produktiviti dengan adanya tenaga buruh

Idea kreatif dan kritis: -Kedudukan Bandar Nilai yang berhampiran KLIA membolehkan barangan yang dikeluarkan dari kilang bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan tetapi juga dieksport ke luar negara.
-Dengan ini, pengusaha kilang dapat melipatkaligandakan pendapatan daripada kilang tersebut.

Pemikiran Rasional: -Pengangkutan yang baik di Bandar Nilai membolehkan bahan mentah dihantar dengan cepat dan mudah melalui jalan raya, lebuh raya, dan kemudahan kargo di KLIA. 
-Ini mempercepatkan aktiviti sekunder iaitu perindustrian untuk menghasilkan produk-produk pengeluarannya dengan lancar. 
-Selain daripada itu, pengusaha kilang juga dapat menjimatkan kos pengangkutan bahan mentah yang tinggi.

No comments: